Tuesday 15 January 2013

Salam Perkenalan

hi all bloggers,

pertama sekali amy nak ucapkan salam perkenalan buat semua blogger2 di luar sana. sebelum nie amy pernah ada blog, tapi dah lama blog tue amy tinggalkan tak berupdate, due to kesibukan diri yg melanda time tue. hmmm....sudah berakhir 2012 kini 2013 amy nak buka lembaran baru..hihihi..:D hope amy boleh disiplinkan diri untuk take care blog nie sebaiknya. Untuk permulaan entry nie, amy nak summary kan serba sedikit rentetan peristiwa sepanjang 2012..ada suka ada duka..
Taraf perkahwinan amy, of course i'm married. Hihi,,till now already three years. By the way bukan kisah perkahwinan yg amy nak kongsikan. 
Pada March 2012, amy telah buat keputusan untuk meninggalkan kota raya kuala lumpur demi  mengikut suami tercinta berpindah ke ipoh,perak. Sedih gembira dalam satu masa. Sedih sbb terpaksa meninggalkan pekerjaan amy di KL, yg mana sebelum amy berhenti bos tetiba nak bodek amy n  nak promote amy jadi engineer. Great news actually. Amy serba salah nak terima atau tidak. Amy terpaksa pilih kerjaya atau keluarga. Bagi amy yg hanya berkelulusan diploma ini, mmg susah kalau nak dapat promotion mcm tue, punbegitu...amy rasa amy buat keputusan yg terbaik. Of course amy pilih keluarga. Sahabat2 di KL amy tinggalkan. Sayonara KL..huk huk..
Sebelum amy start keja di Perak, amy berjaya beli kereta baru..Wow...suke sgt time tu..sbb kat Perak tak ada public transport macam KL..so be prepared.
Setibanya amy di Perak amy dan suami hanya menyewa rumah kedai yang sewanya murah jugak la RM250 per month. Not bad la, ada dua bilik. Bole la tumpang tido. Pun begitu kami juga berusaha mencari rumah sewa lain yag lebih selesa. Ya, di mana ada usaha di situ ada jalan, setelah hampir sebulan lebih baru kami ketemu sebuah rumah teres di batu gajah. Hmm actually sewa dia agak mahal compared dgn rumah kedai tadi,,tapi hati sudah terpaut. Jadi amy pun pindah ke rumah sewa baru. Alhamdulillah. :D
Bebalik kepada pekerjaan amy yg baru nie,,,pelik sedikit waktu keja dia coz amy keja kilang je..cuti tak menentu..keja 4 hari cuti 2 hari..disebabkan cuti yg bukan lagi sabtu atau ahad, amy terpaksa tangguhkan pengajian amy di OUM buat sementara or maybe selamanya..pasrah..mugkin ada baiknya. Pun begitu amy sedikit terkilan kerana cita2 untuk memiliki segulung ijazah masih terlalu jauh..org kata jgn dikenang benda yg belum kita dapat, kenal dan bersyukur pada apa yang kita ada sekarang..amin..
Dalam pada itu amy juga berjaya membeli sebuah rumah teres double storey di Bandar U,,lagi dua tahun baru siap.. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar..
Bagi amy tahun 2012 sangat bermakna buat amy..

Pun begitu, amy harap pada tahun 2013 nie amy akan dapat cahaya mata yg comel..hiihihi..sudah 3 tahun penantian ini, tapi masih belum ada rezeki. Harap Yang Esa murahkan rezeki amy tahun nie. Amin.~

XOXO Amy

2 comments:

  1. mudaha-mudahan amy dpt baby cepat ye.. amin.

    ReplyDelete
  2. semoga berbahgaia bersama dengan suami yang tercinta dan cepat2 dapat cahaya mata.. semoga bahagia selalu.. :)

    ReplyDelete