Thursday 14 February 2013

Gardening Time ~ Part II

Hi all, semalam amy pergi servis kereta, then nasib baik minor servis je. So, ada duit baki banyak kat tangan. Hepi sangat. Dah siap servis tu, apa lagi singgah le kedai jual pokok2 sebelah pusat servis tue. Dah rambang mata nie, semua pokok nampak cantik2 je. Hihi pusing punye pusing amy beli dua biji pasu, empat bungkus tanah baja dan dua pokok bunga.




Pokok nie spesis setawar (Kalanchoe) sudah banyak kacukan, sebab colour asal adalah merah. Amy ambik colour pink, ada jugak colour lain putih, oren sebagainya. 
















Sebelah kanan nie pulak pokok hijau merimbun. Amy tak ingat apa nama dia. Hihi...






XOXO Amy



Monday 11 February 2013

Cutest owlie!

Hi all, akhirnya dapat jugak amy memiliki sekor owlie yang diidam-idamkan sekian lama..yihuu..suka suka suka sangat. Comel sangat. Tengok le gambar-gambar yang amy snap kat bawah nie..mesti korang pun nak jugak. Hmm by the way berita baiknya ada banyak design menarik bakal muncul tak lama lagi. Sesiapa yang berminat boleh order kat amy. 




Enjoy!!

XOXO Amy

Wednesday 6 February 2013

Mari Shopping baju kucing..:D

Hi all, ada satu fb page ni,,ada jual baju kucing cantik2. Sesiapa yang berminat nak beli boleh la lawati page nie, klik sini. Macam2 jenis baju kucing ada, semuanya handmade. Kat bawah nie ada contoh baju2 yang ada dijual. Happy shopping..!!


 

    



P/s : ini bukan page amy tau..amy cuma tumpang promote kat blog amy je..hihi..

Sesiapa yang berminat boleh lah order kat tuan punya page kat sini :  Klik Sini



XOXO Amy

Monday 4 February 2013

i won't give up!!

Hi all, recall balik entry amy yang lepas tue ada cerita pasal amy tengah minum susu kesuburan dalam usaha untuk dapatkan baby..ehehe..dah dua bulan amy minum, hmm sedikit sedih, bulan nie masih negative. Suami kata, sabar la belum rezeki kita. Huk huk. Jadi untuk bulan nie amy dah stop minum susu tue, dan amy akan follow rancangan seterusnya. Nanti amy update apa seterusnya ye. By the way, amy akan terus berusaha dan berdoa moga suatu hari nanti ada rezeki amy. Amin. 
Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada menyebut bahawa "terdapat kebaikan dalam setiap peristiwa". Seiring dengan maksud ayat di bawah :

"Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa':19)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

XOXO Amy

Friday 1 February 2013

Gardening time

Hi all, dah lama amy tak jenguk mini garden amy. Hari ni mood agak rajin nak berkebun. 


 Nie pokok cili amy, rasanya dah hampir 3 bulan amy tanam, tapi masih belum berbuah. Tadi amy check dia punya daun ada telur labah2 pulak. How come..huk huk


Tengok la, labah2 telah menguasai pokok cili amy. Tanpa belas kasihan amy buang semua daun yang ada telur tue. 

Amy said sorry to mummy of the spider ye ..ehehehe..
Nie la mummy spider tue..tak boleh nak kata jahat sebab nie semua life of nature..

Dah bersihkan semua daun2 yang rosak tue amy letak baja sikit bagi gemuk and cepat berbuah. Murah je baja organik nie, satu kilo rm5. Tak boleh letak banyak2 nanti mati pulak, sebab baja organik biasanya panas.
 

 See ada sekor ulat gonggok tergolek kat pasu pokok keladi amy. Nasib baik kecik je tak de la geli sangat nak angkat buang dia. ekeke..
Sebelah kanan tue pulak sarang semut kat pokok kari amy. How come,,,pokok kari tue macam dah tunggu masa mau mati je. Aiyak..
nie la akibat dia lama tak jenguk tanaman. 


XOXO Amy

Kucing Amy ~ Cici

Hi all, hari ni amy nak cerita pasal kucing amy. Nama dia cici. Sekarang dia dah setahun lebih. 


 Nie masa mula2 kawan amy MMS gambar cici kat amy, bertanyakan ada sama amy suke ke tak nak bela. So, amy tengok kaler dia menarik and amy terus kata nak. Amy rasa masa dia snap gambar nie cici baru berusia 2 bulan gitu. Hehe, pencinta kucing!!

Nie wajah cici setelah dua minggu bersama amy. Masa first day amy adopt dia, amy ada bawa cici pergi jumpa vet. Kesian cici, banyak kutu and tahi kutu atas badan dia. Cici murung je. So, vet ada bagi dia ubat kutu. 








Nie time amy bawak cici jumpa vet. Monthly check up. Vet bagi deworm and vaksin.














Nie muka cici dari dekat setelah recover dari penyakit kutu tak bertepian. Dia dah boleh main gigit-gigit benda. Hihi











Setelah hampir 7 bulan cici bersama amy, nie la hasil dia. Hehe dah gemuk sikit. Alhamdulillah sihat dia. 

















Daaa kat bawah nie gambar cici setelah setahun lebih bersama amy.