Monday 8 April 2013

Pergi Check-up

Hi all, hari nie amy pergi check-up selepas period end..so doc scan and check rahim. Doc kata rahim amy kebelakang sikit, so dia dah betulkan. Hmm magic betul doc tue buat, sekejap jer tak sampai 10 sec dah siap. Hmm hope tak der lah mudarat lain. So, amy kena sambung makan ubat ikut jadual macam biasa. Hihi teringin nak baby kembar...




XOXO Amy.


On Medication


Hi all, sorry lama menyepikan diri..
Hmm amy ada pergi jumpa gynecologist doctor dan itulah hasilnya..kena makan ubat di atas..dah sebulan amy makan masih -ve. So, doc bagi lagi ubat yang sama. At least kena mkn cukup 3 bulan..hope adalah rezeki kami nanti. Yang penting teruskan berusaha.


XOXO Amy

Thursday 14 February 2013

Gardening Time ~ Part II

Hi all, semalam amy pergi servis kereta, then nasib baik minor servis je. So, ada duit baki banyak kat tangan. Hepi sangat. Dah siap servis tu, apa lagi singgah le kedai jual pokok2 sebelah pusat servis tue. Dah rambang mata nie, semua pokok nampak cantik2 je. Hihi pusing punye pusing amy beli dua biji pasu, empat bungkus tanah baja dan dua pokok bunga.




Pokok nie spesis setawar (Kalanchoe) sudah banyak kacukan, sebab colour asal adalah merah. Amy ambik colour pink, ada jugak colour lain putih, oren sebagainya. 
















Sebelah kanan nie pulak pokok hijau merimbun. Amy tak ingat apa nama dia. Hihi...






XOXO Amy



Monday 11 February 2013

Cutest owlie!

Hi all, akhirnya dapat jugak amy memiliki sekor owlie yang diidam-idamkan sekian lama..yihuu..suka suka suka sangat. Comel sangat. Tengok le gambar-gambar yang amy snap kat bawah nie..mesti korang pun nak jugak. Hmm by the way berita baiknya ada banyak design menarik bakal muncul tak lama lagi. Sesiapa yang berminat boleh order kat amy. 




Enjoy!!

XOXO Amy

Wednesday 6 February 2013

Mari Shopping baju kucing..:D

Hi all, ada satu fb page ni,,ada jual baju kucing cantik2. Sesiapa yang berminat nak beli boleh la lawati page nie, klik sini. Macam2 jenis baju kucing ada, semuanya handmade. Kat bawah nie ada contoh baju2 yang ada dijual. Happy shopping..!!


 

    



P/s : ini bukan page amy tau..amy cuma tumpang promote kat blog amy je..hihi..

Sesiapa yang berminat boleh lah order kat tuan punya page kat sini :  Klik Sini



XOXO Amy

Monday 4 February 2013

i won't give up!!

Hi all, recall balik entry amy yang lepas tue ada cerita pasal amy tengah minum susu kesuburan dalam usaha untuk dapatkan baby..ehehe..dah dua bulan amy minum, hmm sedikit sedih, bulan nie masih negative. Suami kata, sabar la belum rezeki kita. Huk huk. Jadi untuk bulan nie amy dah stop minum susu tue, dan amy akan follow rancangan seterusnya. Nanti amy update apa seterusnya ye. By the way, amy akan terus berusaha dan berdoa moga suatu hari nanti ada rezeki amy. Amin. 
Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada menyebut bahawa "terdapat kebaikan dalam setiap peristiwa". Seiring dengan maksud ayat di bawah :

"Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa':19)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

XOXO Amy

Friday 1 February 2013

Gardening time

Hi all, dah lama amy tak jenguk mini garden amy. Hari ni mood agak rajin nak berkebun. 


 Nie pokok cili amy, rasanya dah hampir 3 bulan amy tanam, tapi masih belum berbuah. Tadi amy check dia punya daun ada telur labah2 pulak. How come..huk huk


Tengok la, labah2 telah menguasai pokok cili amy. Tanpa belas kasihan amy buang semua daun yang ada telur tue. 

Amy said sorry to mummy of the spider ye ..ehehehe..
Nie la mummy spider tue..tak boleh nak kata jahat sebab nie semua life of nature..

Dah bersihkan semua daun2 yang rosak tue amy letak baja sikit bagi gemuk and cepat berbuah. Murah je baja organik nie, satu kilo rm5. Tak boleh letak banyak2 nanti mati pulak, sebab baja organik biasanya panas.
 

 See ada sekor ulat gonggok tergolek kat pasu pokok keladi amy. Nasib baik kecik je tak de la geli sangat nak angkat buang dia. ekeke..
Sebelah kanan tue pulak sarang semut kat pokok kari amy. How come,,,pokok kari tue macam dah tunggu masa mau mati je. Aiyak..
nie la akibat dia lama tak jenguk tanaman. 


XOXO Amy

Kucing Amy ~ Cici

Hi all, hari ni amy nak cerita pasal kucing amy. Nama dia cici. Sekarang dia dah setahun lebih. 


 Nie masa mula2 kawan amy MMS gambar cici kat amy, bertanyakan ada sama amy suke ke tak nak bela. So, amy tengok kaler dia menarik and amy terus kata nak. Amy rasa masa dia snap gambar nie cici baru berusia 2 bulan gitu. Hehe, pencinta kucing!!

Nie wajah cici setelah dua minggu bersama amy. Masa first day amy adopt dia, amy ada bawa cici pergi jumpa vet. Kesian cici, banyak kutu and tahi kutu atas badan dia. Cici murung je. So, vet ada bagi dia ubat kutu. 








Nie time amy bawak cici jumpa vet. Monthly check up. Vet bagi deworm and vaksin.














Nie muka cici dari dekat setelah recover dari penyakit kutu tak bertepian. Dia dah boleh main gigit-gigit benda. Hihi











Setelah hampir 7 bulan cici bersama amy, nie la hasil dia. Hehe dah gemuk sikit. Alhamdulillah sihat dia. 

















Daaa kat bawah nie gambar cici setelah setahun lebih bersama amy. 







Tuesday 29 January 2013

Aktiviti cuti tak menentu

Hi all, sambil update blog nie sambil tengok batman "The Dark Knight Rises". Dah tengok sebelum ni kat wayang, ini versi download pulak. Cerita nie best tak jemu tengok banyak kali. Hihi..Aktiviti amy hari nie start pukul 11 pagi. Sebab bangun lambat punya pasal, pukul 11.30pg baru amy sampai pasar beli daging, ikan keli and sayur. Lepas tue sejam setengah amy stuck kat Maybank due to ramai orang. Sabar je lah. Bila dah sampai rumah dah pukul 2.20 ptg. Perut dah lapar giler, dari pagi amy tak makan. Amy memang akan selesaikan semua keja baru ada selera mau makan. Dah tue, sebab dah beli barang2 mau masak, jadi amy cook la resepi yang simple and cepat. Amy masak sup daging campur sayur sawi dan ikan keli masak sambal. That's it. Hihi...

Batman!!





XOXO Amy

Monday 28 January 2013

Beli TV..yahooo!!

Hi all, setelah sekian lama berkira-kira dengan en suami, akhirnya terbeli jugak TV baru setelah 3 tahun berumahtangga. Alhamdulillah. Murah rezeki tahun nie. Dulu masa baru kawen kitarang beli TV second hand je, brand SONY 34 inc flat screen. Memang berat giler TV tue, tup-tup rosak pulak baru2 nie. Dah hantar repair tapi mcm tiada harapan je sejak hantar sebulan yang lalu. Tak pe lah, maybe pomen tu tak jumpa spare part kot. Ye lah TV pun dah out of century. Hiihii...

 Ini brand PHILIPS, not bad la spec dia. Harga dia pun murah je nie. Setakat mampu. Gambar display pun cantik, ditambah lagi dengan banyak input, 3 HDMI and 3 USB. Nie amy tengah layan cite Django Unchained. 


XOXO Amy

Saturday 26 January 2013

Aktiviti balik KL

Hi all, weekend nie amy n suami balik kampung di KL. Rumah mak suami, dah lama jugak tak terjah kl ni hampir sebulan lebih. Biasala jadual keja amy pelik sikit, so susah nak dapat cuti sabtu ahad. hmm alhamdulillah selamat sampai KL sekitar jam 10 malam. Dah sampai tue terus ke Dewan badminton kat kampung pandan. Ada jamuan makan2 "geng badminton" hihi. Nie mak nyer nama timangan untuk group cikgu2 yang pencen and otw nak pencen. Best nye bila dapat gathering dengan diarang ditambah lagi makanan pun sedap2 jugak. 

Saturday coming. 2nd day kat KL, tak ada buat apa sangat. Yihuu tapi sempat pergi tengok wayang Hansel and Gretel. Amy tengok kat MBO, Galaxy Ampang. Best jugak galaxy ampang nie, parking free. hihi





Best citer nie !! Enjoy sangat. 
Dah selesai tengok wayang amy pergi melawat "ninu". Actually Ninu ni panggilan untuk nenek. Ninu mak kepada mak mertua amy. Ninu selalu pesan kalau balik KL jangan lupa singgah rumah dia jugak. Hihihi..tapi masa dulu amy duduk KL , memang selalu amy datang melawat ninu, sebab ninu masak sedap..kik kik kik :D
By the way, malam tue kitarang satu family pergi makan ikan bakar kat sungai Lui, langat. Jauh sikit tempatnya, tapi berbaloi2..memang sedap. Nie mak yang belanja. 2 ekor ikan talapia bakar and lagi 3 ekor masak sambal. Besar2 ikannya. Ikan air tawar nie biasanya berbau, tapi kedai ni buat memang tak de bau apa pun, sedapp..! Mak cakap total harga dia RM120. Murah kan..

Sunday,,hari nie last day kat KL, Pukul 3 lebih gitu amy balik Perak. Home sick..cewahh..
Nie ada pantun sikit..
Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi !!

Daa itu je update serba sedikit pasal cuti amy..


XOXO Amy

Friday 25 January 2013

The Best from Vietnam..:D

Hi all, apa yang best ye,,yihuu daaaa amy dapat hadiah mak mertua kasi. Actually mak mertua juz came back dari bercuti kat vietnam. So mak beli baju kurung. Memang cantik sangat. Thanks a lot mak. Love u. Kat bawah ni amy sempat snap. Enjoy!!



Cantik kan. Hihi

XOXO Amy

Monday 21 January 2013

Movies Marathon!


Hi all, sepanjang cuti hujung minggu nie amy duduk rumah beristirehat je. Dah hujung bulan ni nak keluar jalan2 pun malas, kegawatan dihujung bulan. hihi. So, amy habiskan cuti amy dengan menonton movies yang bole dikatakan enjoy juga la nengok nye.

First sekali amy tengok cite Hotel Transylvania 2012.
Cerita nie animasi, amy download bluRay punya, so gambar dia cantik jugak. Cerita dia berkisar monster world, Hotel nie dibina memang untuk dunia monster shj, dan agak jauh dari perkampungan manusia. Bagi amy cerita nie loving story jugak, cinta dan kasih sayang ayah terhadap anaknya. Untuk movie ni amy bagi rating   : A:9, V:9, M:8

Next movie amy tengok cite Les Miserables 2013.
Hahaha siapa yang sanggup layan cerita musical ni, 2jam37 minit length dia. Amy download DVDSCR. Hero dia siapa tak kenal, HughJackman (Wolverine). Mula2 nak termuntah jugak amy tengok, dok menyanyi tak henti2. Rupa-rupanya ada jalan cerita kat situ. Best jugak layan dia. Bagi amy cerita dia ada pengajaran yang baik. Amanah orang jgn buat main2, mesti tunaikan walaupun susah sekalipun. Ada balasan yang baik kelak. By the way, movie nie memenangi Golden Globes award kategori "Best Musical or comedy year 2013". Untuk movie ni amy bagi rating : A:9, V:8, M:8

Next movie amy tengok cite 10 Things I Hate About You (1999)
Dah lama gile cite nie, baru amy tengok. Suami yang recommend nie, katanya best. So amy download dalam DVDRIP. Of course dvdrip biasanya tak mengecewakan. Quality memang A. Cerita nie berkisarkan pasal student college yang "move on" selepas tragedi yg menimpa masa Prom night yg lalu. Hmm sinopsis dia agak panjang la, tapi memang best !! Enjoy!!
Amy bagi rating : A:9, V:9, M:9

Next movie lagi amy tengok cite Silver Lining 2013.
Movie nie juga DVDRIP. Apa yang dimaksudkan dengan silver lining nie. Kalau baca peribahasa nie mungkin boleh membantu "every cloud has a silver lining". Apa yg amy faham setiap benda buruk yg berlaku pasti ada satu yg baiknya. Hmm yeke. Terpulang kepada pemahaman masing2 ye. Cerita dia mengisahkan seorang suami yang tertekan setelah mengetahui isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Jiwa dia tertekan hingga dia dihantar ke hospital untuk medication proses. Setelah 8 bulan dia lulus n boleh keluar hospital dan menemui seorang janda yang kematian suami. Di situ bermula kisah hidupnya yang baru. Bagi amy cerita macam nie dah bnyak, tapi still enjoy!
Amy bagi rating : A:9, V:9, M:9

Last but not least amy tengok cite Life of Pi 2012
Mcm fenomena jugak cerita nie. Kawan amy sampai dua tiga kali pi tengok wayang cerita nie. Cuma amy ja tak berkesempatan nak tengok kat wayang, takut tak berbaloi pulak, Takpe akhirnya dapat juga download DVDSCR, hihi. Bagi amy life of Pi nie memang unik sikit, dalam mencari kepercayaan dan pegangan hidup tentang Tuhan Pi akhirnya temui apa yang di cari setelah mengharungi dugaan hidup yang maha hebatnya. Hmm not bad jugak cerita nie. Nak tahu lebih lanjut lebih lah elok tonton sendiri. Mesti enjoy!!
Amy bagi rating : A:9, V:8, M:9

XOXO Amy

Saturday 19 January 2013

Family gathering !!

Hi all, amy nak update berkenaan family gathering kat rumah amy. Huhu..malam sebelum mak ayah mertua sampai tue, amy n suami gi shopping kat Tesco. Niat di hati memang nak beli pinggan je, hihi kelakar kan. Rupanya bila amy check benda yang kurang kat rumah amy adalah pinggan. Cuma ada dua biji je pinggan..hahahah..al-maklumlah cuma dua mulut je yg tinggal dalam rumah tue. Amy add on lagi lima biji pinggan. Cantik, yg bestnya harga yg diletak rm6 sekeping, so boleh dikatakan paling murah diantara yang lain2 nya, so kitarang pun ambik 5 biji. Dah sampai time nak bayar ni, tup tup cashier tu scan harga dah jadi rm12.90 sebiji,,apekah..jadi double harga dia sebijik. Nak tak nak amy bayar lah jugak..so selain dari beli pinggan tue amy ada jugak beli udang and ayam.
Dah pagi tue, amy pegi pasar pule due to nak beli ikan dan petai. Ikan sardin menjadi pilihan, coz mak mertua suka!. Pukul 10 gitu amy dah start prepared bahan2. Menu yang jadi pilihan amy adalah, ayam masak rendang, udang masak sambal campur petai, sayur kobis goreng campur carrot dan ikan sardin goreng. Bertungkus-lumus amy siapkan. First time, masak untuk orang ramai makan. Selain dari mak n ayah mertua, sepupu dan mak sedara suami jugak nak datang. Lebih kurang dalam 10 orang gitu. hihi...lebih kurang 3 jam amy siap semuanya. Tengokla hasil tangan amy di bawah nie. End of the day, semuanya lincin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis jamuan makan kecil-kecilan di rumah amy.



XOXO Amy

Thursday 17 January 2013

semangat berkobar-kobar !!

Hi all, hari nie amy sangat bersemangat nak buat target tahun 2013 nie. Untuk perbelanjaan akan datang amy nak saving money yihuuu.!! Harap ianya berjaya. Amy cadang for monthly gaji tue amy nak simpan rm500..Nak masuk dalam akaun ASB amy. Memandangkan dah hampir 3 tahun amy biarkan akaun asb tue kering kontang..hihi..dasyat kan duration 3 tahun tue kalau amy saving money mesti dah beranak pinak dlm asb tue..huhuhu boros sgt time tue..shopping je keja nye..hmm tahun nie mesti semangat lebih and kena tahan nafsu shopping tue..aiyakk mampukah amy nie?..amy rancang lagi dua tahun rumah "pertamaku" tue siap, so amy nak renovate rumah habis-habisan. Dah berangan macam2 nie. Nak pasang itu ini..hihihi..excited. Harap amy nye perancangan saving money nie menjadi. So, amy kena tambahkan hari bekerja sebanyak dua hari sebulan. Request OT dari bos le jawabnya. Korbankan masa cuti sekali sekala tak salah. Cuma badan penat sikit. Chaiyokk!!


XOXO Amy

Wednesday 16 January 2013

Susu Kesuburan untuk wanita

Hi, hari nie amy nak kongsi pengalaman amy tentang satu produk nie. Oleh kerana amy dalam peringkat berusaha secara serius dalam memenuhi keinginan untuk memiliki cahaya mata, jadi amy ada la beli satu susu nie. Susu untuk kesuburan wanita. Nama dia SK Al-Khisbun. Actually untuk suami pun ada produk dia, tapi amy tak beli pun. Nak try minum susu dia dulu. Sebelum amy beli susu nie, ada jugak amy buat research serba sedikit. Ramai yang bagi feedback positif. Dan ada jugak yang dah berjaya dapat baby. Susu ni berasaskan susu kambing dan herba2 asli dari tanah arab. Amy dah start minum dari bulan lepas sebenarnya, dan bulan nie bulan kedua. Hasil bulan lepas masih negatif. Tunggu bulan nie pulak. Harap ada berita positifnya. Tentang susu yang amy minum tue, mengikut arahan dia minum sejam sebelum sarapan dan sejam sebelum tido. Oleh kerana susu nie berasaskan susu kambing, bila minum badan akan terasa panas sedikit. Untuk mengurangkan rasa panas tue amy amalkan dengan banyak meminum air kosong. Sebotol untuk sebulan sebenarnya, tapi amy minum jimat2 sikit so tahanlah dua bulan..hehehe..Sesiapa yang berminat nak cuba boleh la google susu nie, ramai yang jual. Amy beli kat fb Ladies Houses atau boleh jugak order kat website nie. www.marihamil.com .
Apa-apa pun amy berusaha je, Tuhan yang menentukan. Moga2 di permudahkan-Nya. Amin. 

XOXO.  Amy

Tuesday 15 January 2013

Salam Perkenalan

hi all bloggers,

pertama sekali amy nak ucapkan salam perkenalan buat semua blogger2 di luar sana. sebelum nie amy pernah ada blog, tapi dah lama blog tue amy tinggalkan tak berupdate, due to kesibukan diri yg melanda time tue. hmmm....sudah berakhir 2012 kini 2013 amy nak buka lembaran baru..hihihi..:D hope amy boleh disiplinkan diri untuk take care blog nie sebaiknya. Untuk permulaan entry nie, amy nak summary kan serba sedikit rentetan peristiwa sepanjang 2012..ada suka ada duka..
Taraf perkahwinan amy, of course i'm married. Hihi,,till now already three years. By the way bukan kisah perkahwinan yg amy nak kongsikan. 
Pada March 2012, amy telah buat keputusan untuk meninggalkan kota raya kuala lumpur demi  mengikut suami tercinta berpindah ke ipoh,perak. Sedih gembira dalam satu masa. Sedih sbb terpaksa meninggalkan pekerjaan amy di KL, yg mana sebelum amy berhenti bos tetiba nak bodek amy n  nak promote amy jadi engineer. Great news actually. Amy serba salah nak terima atau tidak. Amy terpaksa pilih kerjaya atau keluarga. Bagi amy yg hanya berkelulusan diploma ini, mmg susah kalau nak dapat promotion mcm tue, punbegitu...amy rasa amy buat keputusan yg terbaik. Of course amy pilih keluarga. Sahabat2 di KL amy tinggalkan. Sayonara KL..huk huk..
Sebelum amy start keja di Perak, amy berjaya beli kereta baru..Wow...suke sgt time tu..sbb kat Perak tak ada public transport macam KL..so be prepared.
Setibanya amy di Perak amy dan suami hanya menyewa rumah kedai yang sewanya murah jugak la RM250 per month. Not bad la, ada dua bilik. Bole la tumpang tido. Pun begitu kami juga berusaha mencari rumah sewa lain yag lebih selesa. Ya, di mana ada usaha di situ ada jalan, setelah hampir sebulan lebih baru kami ketemu sebuah rumah teres di batu gajah. Hmm actually sewa dia agak mahal compared dgn rumah kedai tadi,,tapi hati sudah terpaut. Jadi amy pun pindah ke rumah sewa baru. Alhamdulillah. :D
Bebalik kepada pekerjaan amy yg baru nie,,,pelik sedikit waktu keja dia coz amy keja kilang je..cuti tak menentu..keja 4 hari cuti 2 hari..disebabkan cuti yg bukan lagi sabtu atau ahad, amy terpaksa tangguhkan pengajian amy di OUM buat sementara or maybe selamanya..pasrah..mugkin ada baiknya. Pun begitu amy sedikit terkilan kerana cita2 untuk memiliki segulung ijazah masih terlalu jauh..org kata jgn dikenang benda yg belum kita dapat, kenal dan bersyukur pada apa yang kita ada sekarang..amin..
Dalam pada itu amy juga berjaya membeli sebuah rumah teres double storey di Bandar U,,lagi dua tahun baru siap.. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar..
Bagi amy tahun 2012 sangat bermakna buat amy..

Pun begitu, amy harap pada tahun 2013 nie amy akan dapat cahaya mata yg comel..hiihihi..sudah 3 tahun penantian ini, tapi masih belum ada rezeki. Harap Yang Esa murahkan rezeki amy tahun nie. Amin.~

XOXO Amy