Monday 21 January 2013

Movies Marathon!


Hi all, sepanjang cuti hujung minggu nie amy duduk rumah beristirehat je. Dah hujung bulan ni nak keluar jalan2 pun malas, kegawatan dihujung bulan. hihi. So, amy habiskan cuti amy dengan menonton movies yang bole dikatakan enjoy juga la nengok nye.

First sekali amy tengok cite Hotel Transylvania 2012.
Cerita nie animasi, amy download bluRay punya, so gambar dia cantik jugak. Cerita dia berkisar monster world, Hotel nie dibina memang untuk dunia monster shj, dan agak jauh dari perkampungan manusia. Bagi amy cerita nie loving story jugak, cinta dan kasih sayang ayah terhadap anaknya. Untuk movie ni amy bagi rating   : A:9, V:9, M:8

Next movie amy tengok cite Les Miserables 2013.
Hahaha siapa yang sanggup layan cerita musical ni, 2jam37 minit length dia. Amy download DVDSCR. Hero dia siapa tak kenal, HughJackman (Wolverine). Mula2 nak termuntah jugak amy tengok, dok menyanyi tak henti2. Rupa-rupanya ada jalan cerita kat situ. Best jugak layan dia. Bagi amy cerita dia ada pengajaran yang baik. Amanah orang jgn buat main2, mesti tunaikan walaupun susah sekalipun. Ada balasan yang baik kelak. By the way, movie nie memenangi Golden Globes award kategori "Best Musical or comedy year 2013". Untuk movie ni amy bagi rating : A:9, V:8, M:8

Next movie amy tengok cite 10 Things I Hate About You (1999)
Dah lama gile cite nie, baru amy tengok. Suami yang recommend nie, katanya best. So amy download dalam DVDRIP. Of course dvdrip biasanya tak mengecewakan. Quality memang A. Cerita nie berkisarkan pasal student college yang "move on" selepas tragedi yg menimpa masa Prom night yg lalu. Hmm sinopsis dia agak panjang la, tapi memang best !! Enjoy!!
Amy bagi rating : A:9, V:9, M:9

Next movie lagi amy tengok cite Silver Lining 2013.
Movie nie juga DVDRIP. Apa yang dimaksudkan dengan silver lining nie. Kalau baca peribahasa nie mungkin boleh membantu "every cloud has a silver lining". Apa yg amy faham setiap benda buruk yg berlaku pasti ada satu yg baiknya. Hmm yeke. Terpulang kepada pemahaman masing2 ye. Cerita dia mengisahkan seorang suami yang tertekan setelah mengetahui isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Jiwa dia tertekan hingga dia dihantar ke hospital untuk medication proses. Setelah 8 bulan dia lulus n boleh keluar hospital dan menemui seorang janda yang kematian suami. Di situ bermula kisah hidupnya yang baru. Bagi amy cerita macam nie dah bnyak, tapi still enjoy!
Amy bagi rating : A:9, V:9, M:9

Last but not least amy tengok cite Life of Pi 2012
Mcm fenomena jugak cerita nie. Kawan amy sampai dua tiga kali pi tengok wayang cerita nie. Cuma amy ja tak berkesempatan nak tengok kat wayang, takut tak berbaloi pulak, Takpe akhirnya dapat juga download DVDSCR, hihi. Bagi amy life of Pi nie memang unik sikit, dalam mencari kepercayaan dan pegangan hidup tentang Tuhan Pi akhirnya temui apa yang di cari setelah mengharungi dugaan hidup yang maha hebatnya. Hmm not bad jugak cerita nie. Nak tahu lebih lanjut lebih lah elok tonton sendiri. Mesti enjoy!!
Amy bagi rating : A:9, V:8, M:9

XOXO Amy

No comments:

Post a Comment